Loading...

Perniagaan Sosial Di Malaysia,
1st Edition

Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Mohd Fauzi Mohd Jani

ISBN-13: 9789670357201 | ISBN-10: 9670357209

Copyright 2013

| Published 2013

List Price USD $32.00

Overview

Perniagaan Sosial merupakan entiti ekonomi komuniti yang amat menarik untuk diterokai. Ia merupakan pemangkin kemajuan dan pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat khasnya dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang masih berlarutan seperti kemiskinan, kebuluran, keciciran peluang dan sebagainya. Perniagaan sosial juga mengisi ufuk di antara entity perniagaan swasta tulen yang bermotifkan keuntungan dan entiti kebajikan bukan-untung yang bermotifkan sosial. Namun, sebagai suatu bentuk konsep dan entiti perniagaan yang baru diketengahkan, maka kefahaman, penghayatan dan sudut pandagnan tentangnya masih lagi belum menyeluruh. Buku Perniagaan Sosial di Malaysia ini telah ditulis sebagai usaha mendokumentasi amalan perniagaan sosial di Malaysia secara ilmiah, formal dan sistematik. Buku ini bermatlamat untuk mencetuskan kesedaran dan pemahaman para pembaca tentang konsep dan praktis perniagaan sosial dalam persekitaran tempatan. Asas ini juga diharap akan dapat mendorong para pembaca untuk menyelidik dan mengembangkan bidang perniagaan ini secara lebih meluas. Oleh demikian, buku ini amat sesuai untuk dimanfaatkan oleh semua orang awam, para penyelidik, ahli akademik, pelajar, badan kerajaan, badan korporat, badan amanah dan organisasi bukan untung selaras dengan keperluan dan minat masing-masing dalam sektor perniagaan yang masih baru ini. Ia juga sesuai dijadikan buku rujukan bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan perniagaan, keusahawanan dan ekonomi di peringkat institusi latihan atau institusi pengajian tinggi.

Read More
  • Persembahan buku ini adalah ringkas dan padat.
  • Enam bab yang terkandung dalam buku ini diharapkan dapat merangsang minat pembaca membina kefahaman asas yang berguna untuk meneroka secara lebih mendalam ilmu perniagaan sosial.

Table of Contents

Show More Show Less
Bab 1 : Peranan Perniagaan dalam Agenda Pembangunan
Bab 2 : Konsep Perniagaan Sosial
Bab 3 : Teori dan Amalan Perniagaan Sosial di Malaysia
Bab 4 : Perniagaan Sosial dan Penjanaan Dana di Kalangan Institusi NGO: Kes Rumah Anak-Anak Yatim
Bab 5 : Wakaf Sebagai Sumber kepada Perniagaan Sosial
Bab 6 : Pengurusan Strategik dalam Perniagaan Sosial
Bibliografi
Indeks

Cengage provides a range of supplements that are updated in coordination with the main title selection. For more information about these supplements, contact your Learning Consultant.

Compare Buying Options

Show More Show Less

Pricing Options

Perniagaan Sosial Di Malaysia

  • ISBN-10: 9670357209
  • ISBN-13: 9789670357201

Price USD$ 32.00

Buy

*Purchase not available for this country